Thursday, July 22, 2010

Nanti

Lihat, awan di sana
lihat, awan di sini
matahari memancar terik
membelah celah awan

Awan nampak terpisah-pisah
di sana dan di situ juga
menanti angin bersiul merdu
pokok tumpang menari girang

Matahari makin terik!
ada daun terbang jauh
memandang langit meminta pelangi
tapi hujan yang turun

Patutnya salji, bukan hujan
angin kencang pokok hampir tumbang
akar masih kuat mencengkam
titis jernih memancar warna
nanti...

Haha..korang mesti x paham..sape paham memang terer la! Ni kisah ape jadi hari ni.. daun memang terbang jauh,kesian daun.. Matahari tolonglah kurang terik esok..
Fighting!!!!


Friday, July 16, 2010

Puteriku Sayang



Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Lagu yang penuh erti kepada saya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang insan yang kini bergelar muslimah, da'ie, anak perempuan, kakak, pelajar, dan kawan. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup ini...


Tuesday, July 13, 2010

Al-Muzzammil 1-20



Wahai orang yang berselimut!. (1)

Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), (2)

Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, (3)

Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".(4)

(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). (5)

Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. (6)

(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya; (7)

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan. (8)

Dialah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu. (9)

Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik. (10)

Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa; (11)

Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan Neraka yang menjulang-julang, (12)

Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (13)

(Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur) dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah. (14)

Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul. (15)

Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya. (16)

(Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu kalau kamu kufur ingkar (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban? (17)

Langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu. (Ingatlah), janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya. (18)

Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah dia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat). (19)

Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajud) selama kurang dari dua pertiga malam dan selama satu perduanya dan selama satu pertiganya dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Dia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Dia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agamaNya). Maka bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. / (20)


Kalau tak buat macam ni,ramai termasuk saya sendiri malas nak buka tafsir nak tahu maksud di sebalik surah ke-2 yang di turunkan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w selepas surah Iqra' ...

Surah ini diturunkan di Makkah dan dalam realiti dakwah yang baru bermula. Kalau kita lihat, surah2 Makiyyah semuanya menyentuh tentang aqidah dan akhlak dan surah2nya pendek dan padat.Surah ini turun di zaman di mana ujian diturunkan oleh Allah untuk menguji keimanan.

Ayat 1-19 diturunkan dahulu dan selepas 1 tahun berikutnya barulah ayat 20 surah ini diturunkan menyatakan solat tahajud tidak lagi wajib di lakukan..

Sejarah ringkas bagaimana ayat ini diturunkan adalah apabila Rasulullah s.a.w sedih setelah dituduh oleh pembesar2 Quraisy termasuk bapa saudaranya sendiri yang dulu menggelar baginda sebagai Al-amin semasa peristiwa meletakkan batu Hajarul Aswad sebagai tukang tilik,tukang sihir dan orang gila.Padahal baginda berasal dari keturunan yang baik-baik,tidak gila.

Allah menurunkan surah ini memerintahkan Rasulullah supaya membaca Quran,berzikir dan tarbiyah2 supaya mereka meneruskan perjuangan dan tidak berputus asa.

[Serba sedikit tentang surah ini,tak habis lagi menuntut baru je ayat 1st..hehe..suruh hafal pon tak pas2 lagi..lipas,ulat gonggok n ulat bulu pon turut serta tau malam ni..tambah dengan sandwich n cheese cake yang sgt sedapppp =))]

"Kemenangan yang sebenar adalah kekuatan roh terhadap keinginan nafsu."
-Sayyid Al-Quttub

p/s: tanpa disedari dah mule suke cheese cake...ummppp nyum2 =)


Friday, July 9, 2010

Alhamdulillah


All praise be to Allah...

Sebagai tanda syukur atas segala yang telah dikurniakan, dari kelahiran kita ke dunia sehingga ke hari ini... Sebelum ini saya menyebut Alhamdulillah hanya apabila rasa begitu syukur eg: berjaya dalam sesuatu perkara,bila orang tanye sihat ke tak,jawab alhamdulillah..seolah-olah macam ada restriction pulak untuk sebut perkataan tu pada hal maksud Alhamdulillah adalah "all praise be to Allah" so,x kire la apa pun even rasa secubit terima kasih/syukur dengan apa yang berlaku dalam aktiviti harian.. contoh: bila jiran hantar makanan ke,kita cakap terima kasih kepada jiran dan Alhamdulillah kerana rezeki itu sesungguhnya dari Allah.

Saya rasa agak inferior kalau nak dibandingkan dengan orang2 dalam video ni:


senangnya mereka mengucap Alhamdulillah.. tenang je bila dengar sebutan2 Alhamdulillah dari mulut mereka..rasa susah je nak jumpe orang macam ni especially kat Malaysia.Kan best kalau semua orang macam tu,setiap baris kata yang lahir dari lidah diiringi dengan 'Alhamdulillah' seolah-olah bersyukur dengan nikmat masih boleh berkata-kata setiap baris yang telah dituturkan..Subhanallah..Meremang bila part2 akhir seorang wanita ni tanpa segan silu menangis apabila diminta menggambarkan apa yang akan dia ucapkan kepada Rasulullah s.a.w kalau di beri peluang untuk berjumpa.. Mampukah kita untuk merasa begitu? apa yang kita lakukan sebagai tanda cinta kepada Rasulullah s.a.w? kita di kalangan mana... hanya kita dan Allah saja yang tahu. Sebab apa saya cakap hanya kita dan Allah saja yang tahu? sebabnya keikhlasan kita mencintai Allah dan Rasulnya bukan hanya dilihat dari lisan atau kata-kata tapi juga perbuatan.. yup..gabungan lisan, hati dan perbuatan,itulah IMAN.. So,hari ni ada tak kita amalkan sunnah Rasulullah s.a.w.?


=


Alhamdulillah...=)

Wednesday, July 7, 2010

1st for the 2nd



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum...



Doa orang yang dizalimi itu adalah sangat mustajab sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Mu‘az bin Jabal ketika Baginda mengutusnya ke Yaman yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma yang maksudnya :

“Dan takutlah engkau akan doa orang yang dizalimi, sesungguhnya (doa orang yang dizalimi itu) tidak ada di antaranya dan di antara Allah pendinding.”
(Hadits riwayat Bukhari)

Diriwayatkan pula daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata, telah bersabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya :
“Doa orang yang dizalimi itu adalah mustajab, sekalipun dia adalah seorang yang berbuat maksiat, kerana kemaksiatannya itu adalah tertanggung ke atas dirinya sendiri.” (Hadits riwayat Ahmad).


Dah sangat lama rasanya saya tak menulis di blog ni...sgt lah lama!!!Dah lama jugak rindu nak tulis tapi rasa tawar hati tak habis2 selepas e-mail lama di hack dan si hacker mengaku salah selepas sebulan dengan mengaku 'dia' adalah gabungan nama 2 orang lelaki yang saya kenal dan ber-bin-kan seseorang yang tak dikenali... hmm..siapa lah 'orang' ini...sampai sekarang masih tak terjawab tanda tanya ni,tapi siapa sahaja dia saya harap dia sedar akan kesilapannya.. saya tak kisah siapa dia,tapi saya akan kisah jika dia adalah seorang kawan yang pernah dan mungkin masih lagi saya anggap sebagai kawan..

ok,abaikan siapa 'dia'..lama jugak la saya fikir nak guna balik ke blog ni atau buat balik macam saya buat baru facebook saya..lama juga la saya bina keyakinan,keberanian dan minat untuk menulis semula..mudah-mudahan niat saya kali ini akan menjaga saya dari perkara2 yang sebegini lagi. Sungguh saya bukan siapa2 untuk berbicara dengan siapa2 di luar sana..tapi,cukuplah kalau ada yang boleh tersentuh dengan apa yang saya sampaikan,itu sudah mencukupi. lagipun sharing is caring kan,kan??hehe..

Semalam saya dah explore sikit2 cara menggunakan picasa!!! sukenyeee.. sangat suke dengan art abstract mcm ni..tindih2 ala2 sepah2..hehe..terima kasih kepada seseorang yang perkenalkan picasa ni..=) dah lama tak bermain art.masa high school dulu art club la yang banyak mengajar n saya dikelilingi kawan2 yang sempoi2 n kreatif.. tengok saja cara mereka pegang pensil,bawak beg,jenis baju,susun barang2,buat backdrop ED n BMD n etc..memang saya sangat adore cara mereka. masa kat room BR2,tiap2 minggu tukar susunan katil semata2 nak nampak kreatif.. dan dari situ la saya belajar..

Betullah apa yang pernah saya dengar dan saya percaya ramai juga yang pernah mendengar wordings ini: "experience is the best teacher" kita belajar dari pengalaman,kita berubah kerana pengalaman,kita dewasa (matured) kerana pengalaman.
sebab tu kot umur benar2 matang adalah 40 tahun, dan mungkin sebab tu juga schizophrenia (penyakit gila) tak dihidapi selepas umur 40 tahun melainkan sebelum tu dah 'gila'..

gambar di atas adalah salah satu hasil kerja Picasa saya =)