Tuesday, December 6, 2011

kurang lebih


bersyukurlah dengan kekurangan dan kelemahan.. kerana tak semua yg mempunyai kelebihan dan kekuatan mensyukuri apa yg mereka miliki..

bukan salah mempunyai kelebihan, cuma takut membawa kealpaan.. lumrah manusia mudah lupa bila sudah selesa.

bukan betul untuk terus berkurang, cuma kurang itu baik jika kita berusaha untuk lebih.. untuklebih bersyukur bila mempunyai.

beringat bila kita mendaki ke puncak,lelah itu hilang apabila kita sudah di puncak.. jangan sekali-kali memandang kaki gunung dengan riak kerana suatu masa dulu sebelum sampai di puncak, itu permulaan.

ingatan tulus ikhlas [peringatan] untuk semua terutama didri saya sendiri.. andai suatu masa nanti saya terlupa, tolong ingatkan saya..

Alhamdulillah