Tuesday, August 3, 2010

Bidayatul Hidayah

Rujukan dari kitab Bidayatul Hidayah (Permulaan jalan hidayah) karangan Imam Al-Ghazali dan penyampaian dari Abi sendiri..

Mengikut karangan Al Imam Al Ghazali, "Kitab ini saya sebutkan "Bidayatul Hidayah"(permulaan jalan menuju hidayah) supaya engkau cuba mengamalkan pada dirimu dan supaya engkau dapat menguji hati mu."

Hidayah itu mungkinkah sudah milik kita?
Saya terfikir sejenak... adakah kita telah mendapat hidayah? atau mungkin belum tapi merasakan sudah mendapat hidayah? atau mungkin juga masih belum mencari-cari jalan ke pintu hidayah?

Jawapannya,
jika kesebatiaan,istiqamah dan kenikmatan dirasai dalam menuntut ilmu/beramal/beribadah, dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya dan dorongan2 lain (nafsu) tidak dapat menandingi kecenderungan hati itu.

bukan orang yang nafsunya menguasai diri, hatinya tidak istiqamah,suka melambat-lambatkan dalam melakukan perintahNya maka kecenderungan orang-orang ini dalam beramal dan menuntut ilmu sebenarnya hanya tunduk kepada perintahsyaitan dan tipu helahnya.

Dimanakah kita sebenarnya?
mungkinkah kita ikhlas dalam menuntut ilmu? kerana Allah?
bagaimana dengan perkara-perkara lain?
sungguh! IKHLAS bukan mudah untuk dilaksanakan semudah menyebut perkataan itu..
bila kita menyebut "saya ikhlas" benarkah kita betul-betul ikhlas?
dan bila hati sendiri berbisik untuk mengakui keikhlasan sesuatu perbuatan itu, pasti ada bisikan-bisikan jahat dari syaitan untuk meruntuhkan rasa itu tanpa kita sedari..

Abi pesan supaya mengamalkan (jangan tinggal) doa selepas wudhuk untuk penyucian hati dan supaya mendidik hati menjadi ikhlas.


Bermaksud:

Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah, jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Sabda Rasullullah SAW:

"Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.

(Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))