Wednesday, November 24, 2010

Kisah benar


Assalamualaikum..

Blog lame dulu pernah rasenye buat tajuk ni tapi pasal sebelah telinga panas dan bertukar jadi merah tiba2 n x hilang walaupun di tuam dengan air ais..huhu..rasa panas tu macam tengah marah ataupun malu sgt2,tapi yang peliknya sebelah telinga je yg panas.. sebabnye,xtau..tapi saya yakin mesti ada sebabnya..

Hari ni nak cerita pasal ade kaitan dgn telinga juga. Sebelah subang/anting2 saya hilang beberapa minggu yang lalu. Tak tahu tercicir kat mana tapi dah cari satu bilik,still x jumpa.. Sedih pun xtau nak buat macam mana dah,so tawakal ja time tu sebab tu anting2 emas milik adik bongsu saya..Saya pinjam sebab dia tak mahu pakai n saya memang suka pun anting2 tu..hehe.

Cari punya cari, tiba-tiba teringat dengan ceramah yang pernah saya dengar tentang penggunaan satu ayat dalam Al-Quran yang di baca apabila kita berserah kepada Allah untuk dapatkan kembali barang yang hilang itu. Ayat itu adalah Ayat 9 surah Al-Imran. Saya pun buka tafsir n baca ayat tu..Time tu memang pasrah n memang sangat2 berserah, saya ulangi ayat itu sebanyak 3 kali dan berdoa agar saya dapat jumpa balik dengan anting2 saya tu.. Lepas tu,saya terus tidur.

Keesokan harinya,saya bangun dari tidur dan mula mengemas tempat tidur. Sedang saya mengemas2 mumu and ruru (soft toys saya) saya jumpa balik anting2 tu betul2 terletak di sebelah kanan bantal saya. Bersyukur tak terhingga!!!! Alhamdulillah... Saya betul2 tak sangka boleh jumpa balik.. Terfikir juga mungkinkah itu satu kebetulan? Tapi kebetulan itu juga kan adalah rancanganNya.

Sesungguhnya, Al-Quran adalah petunjuk hidup kita yang diturunkan untuk membantu manusia dalam segala segi. Yakinlah. =)


رَبَّنَآ إِنَّكَ جَامِعُ ٱلنَّاسِ لِيَوۡمٍ۬ لَّا رَيۡبَ فِيهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَ

Allah berfirman yang bermaksud:" Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya." [Al-Imran: 9]

Wallahualam. Hanya Allah yang mengetahui...


Sunday, November 14, 2010

Halawatul Iman





sebelum


selepas


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Pagi yg awal ini, beberapa soalan dalam kotak fikiran dan hati ini telah terjawab..Alhamdulillah..walau hanya untuk kepastian yang mungkin satu kebenaran atau satu penipuan..saya redha. Untuk dari beberapa bulan yang lalu banyak kata-kata yang perlu dihadapi, banyak juga pertanyaan yang perlu dijawab. Yg pastinya saya bukanlah seorang yang pandai menjawab dengan baik.Yang saya harapkan hanyalah, tolong...fahami saya..dan selepas itu saya tak dapat lagi menyambung kata-kata ataupun bercerita. Sungguh saya bukanlah sempurna untuk menolak masalah-masalah hati seperti ini,namun sedayanya saya cuba untuk bergantung padaNya.. tak sanggup untuk menanggung rasa seorang, saya masih ada kawan-kawan yang saya percaya dapat menyimpan rahsia hati ini seperti mereka menjaga rahsia/aib mereka sendiri.. Alhamdulillah.

Sungguh,saya bukan siapa2 yang boleh dijadikan idola..saya cuma seorang insan yang berkata mengikut pengalaman hidup sehingga kini. Setiap hari,saya impikan diri saya yang produktif untuk agama,keluarga dan semua yang menyayangi diri ini. Demi Allah.. ya Allah,bantulah aku..bantulah aku.. berikan aku nikmat halawatul iman..nikmat kemanisan iman:

1. Mengasihi Allah dan Rasul melebihi dari segalanya.
2. Mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah.
3. Benci kembali kepada kekufuran sebagaimana benci dimasukkan ke dalam api neraka.

[Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim]

Terima kasih kepada "Sayonara Jahiliyyah" crews.
-back to tract Syikin!! u can do it!!-