sebelum
selepas
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Pagi yg awal ini, beberapa soalan dalam kotak fikiran dan hati ini telah terjawab..Alhamdulillah..walau hanya untuk kepastian yang mungkin satu kebenaran atau satu penipuan..saya redha. Untuk dari beberapa bulan yang lalu banyak kata-kata yang perlu dihadapi, banyak juga pertanyaan yang perlu dijawab. Yg pastinya saya bukanlah seorang yang pandai menjawab dengan baik.Yang saya harapkan hanyalah, tolong...fahami saya..dan selepas itu saya tak dapat lagi menyambung kata-kata ataupun bercerita. Sungguh saya bukanlah sempurna untuk menolak masalah-masalah hati seperti ini,namun sedayanya saya cuba untuk bergantung padaNya.. tak sanggup untuk menanggung rasa seorang, saya masih ada kawan-kawan yang saya percaya dapat menyimpan rahsia hati ini seperti mereka menjaga rahsia/aib mereka sendiri.. Alhamdulillah.
Sungguh,saya bukan siapa2 yang boleh dijadikan idola..saya cuma seorang insan yang berkata mengikut pengalaman hidup sehingga kini. Setiap hari,saya impikan diri saya yang produktif untuk agama,keluarga dan semua yang menyayangi diri ini. Demi Allah.. ya Allah,bantulah aku..bantulah aku.. berikan aku nikmat halawatul iman..nikmat kemanisan iman:
1. Mengasihi Allah dan Rasul melebihi dari segalanya.
2. Mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah.
3. Benci kembali kepada kekufuran sebagaimana benci dimasukkan ke dalam api neraka.
[Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim]
Terima kasih kepada "Sayonara Jahiliyyah" crews.
-back to tract Syikin!! u can do it!!-