Saturday, October 23, 2010

Al-Muzzammil 8-9

Memandangkan alang2 baru siap buat pembentangan pasal 2 ayat ni,suka saya berkongsi untuk sesiapa yg membaca blog ini...Rujukan untuk pembentangan ni dipetik dari Tafsir Al-Azhar;Prof Hamka juzuk 29-30..semoga memberi manfaat..

Al-Muzzammil ayat 8-9

وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلۡ إِلَيۡهِ تَبۡتِيلاً۬ (٨)

Firman Allah yang bermaksud: “ Dan sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepadaNya dengan sepenuh hati.”

Wadzkur: “Dan sebutlah nama Tuhan engkau” = sebut dan ingat

Diingat dalam hati dan dibaca dengan lidah. Lafaz dengan makna iaitu secara lahir dan batin.

99 nama Allah (Asmaul Husna) bererti nama2 yang indah. Sebutlah nama itu semuanya dengan mengingat ertinya. Zikir seperti:

· Tahlil (La ilaha illah Lah)

· Tahmid (Alhamdulillah)

· Tasbih (Subhanallah)

· IStighfar (Astaghfirullah)

· Hauqalah (La haula walaa quwata illa billah)

· Takbir (Allahu Akbar) etc.

رَّبُّ ٱلۡمَشۡرِقِ وَٱلۡمَغۡرِبِ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ فَٱتَّخِذۡهُ وَكِيلاً۬ (٩)

Firman Allah yang bermaksud: “ (Dialah) Tuhan timur dan barat, tidak ada tuhan selain Dia, maka jadikanlah Dia sebagai pelindung.”

-Mencari waktu yang baik atau peluang untuk menyerah diri kepada Allah.

-Muhasabah; Menghitung kesilapan dan kelalaian diri dalam menikmati nikmat2 yang telah dianugerahkan Allah.

Tuhan yang ‘Masyrik’ dan ‘Maghrib’: Dia yang Maha kuasa dan Maha Menentukan perjalanan Matahari dari sebelah Timur ke sebelah Barat,teratur jalannya, tidak pernah berkisar tempatnya, masa demi masa; “ Tiada Tuhan melainkan Dia”. Kesanalah hidup ini ditujukan,daripadanyalah diambil kekuatan; Maka jadikanlah Dia sebagai pelindung

Dengan cara ini, jasmani dan rohani akan dapat kuat dengan teguh melakukan tugas kerana engkau tidak akan jauh dari Allah..

InsyaAllah...