Wednesday, July 6, 2011

Jatuh bangun



Alhamdulillah...

terima kasih Allah kerana mengurniakan Jatuh
terima kasih Allah kerana mengurniakan Bangun

kerana aku bangun kerana aku terjatuh.. bukan kerana aku tidak syukuri nikmat Bangun yang kau beri, tapi kerana aku percaya Kau menjatuhkanku kerana Kau tidak mahu aku terlalu lama leka dengan nikmat Bangun..

untuk sesiapa yang selalu jatuh,
untuk sesiapa yang selalu bangun,
untuk sesiapa yang tak pernah jatuh,
untuk sesiapa yang tak pernah bangun..

saya seorang insan biasa yang banyak terluka kerana jatuh, tapi saya bangun juga kerana saya percaya luka itu akan sembuh dan saya dapat terus berjalan.. tapi kerana kita insan biasa, mudah lupa bila sudah bangun,kita lupa kesakitan ketika jatuh dan kita mula alpa dan leka..

dan kerana itu, Allah kurniakan jatuh lagi untuk saya sedar bahawa dunia ini hanya sementara, tiada satu perkara pun yang kekal.. Itu lah lumrah kehidupan yang kita belajar dan fahami dalam kehidupan. Tak mudah tapi tiada yang susah bagi Allah..

Jatuhnya kita kerana kasihnya Allah..
Bangunnya kita juga kerana kasihnya Allah..
Indahnya aturanNya,kerana setiap luka meninggalkan parut..walaupun parut yang ditinggalkan tidak cantik dipandang tapi Dia mahu kita selalu beringat bahawa kita pernah jatuh dulu dan mensyukuri nikmat yang ada..

Hidup bagaikan roda, selagi berputar, sama ada di atas atau di bawah.. syukurilah.. ingatilah Dia bersama kita.. Tiada satu perkara pun yang berlaku dalam hidup tanpa sebab yang telah ditetapkan olehNya..

"dan Dia memberi nya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." [65:3]

InsyaAllah..

~paeds