Friday, August 12, 2011

Tunduk


Saya ingin menjadi seperti resmi padi,makin berisi makin tunduk..

Andai dalam setiap perkara,kita dapat melakukan dengan hati terbuka dan ikhlas semata-mata kerana Allah..alangkah indahnya..
memberi tanpa mengharap apa-apa balasan..
saya ingin sekali begitu..

pernah berkali-kali terbayang orang yang begini pasti tidak nampak keindahan dunia ini..yang dia nampak hanyalah keindahan akhirat yang hakiki..

berkorban apa sahaja,
sanggup terluka,
sanggup menangis,
sanggup derita,
sanggup berlapar,
sanggup berjaga,
sanggup miskin,
sanggup memberi,
segalanya..semata-mata demi keredhaan Allah..

apakah mungkin saya boleh begitu? ujian lapar dan mengantuk sahaja sudah awal2 lagi tewas..
tapi adakah itu tanda tewas?
tidak..Allah pasti tahu.. kerana kita manusia tidak sempurna,bukan malaikat yang tiada nafsu..
betapa hati ini ingin sekali selalu tunduk begitu..cubanya berkali2..
Ya Allah...bantulah...
agar hati ini selalu istiqamah mencari keredhaanMu..tunjukkanlah jalan,mudahkanlah aku ke arah itu..kerana aku hanya mampu melakukan yang terdaya dengan izinMu dan bantuanMu..