Wednesday, November 16, 2011

Rehlah dan Daurah







Assalamualaikum..

Beberapa hari lepas,(weekend lepas) telah diadakan satu program Rehlah dan Daurah di A'famosa resort, Melaka dan Taman rekreasi Ayer Keroh berdekatan dengan Zoo negeri melaka. Seramai 14 org mengikuti program ini..

Program bermula seawal 8.00 pagi dengan sarapan pagi di sebuah gerai berdekatan MMMC odw to peringgit.. Selepas itu kami ke taman rekreasi ayer keroh dan bermulalah aktiviti rehlah!!!! yeayyy!! 1st rehlah ialah menaiki paddle boat..pihak muslimat memilih paddle boat manakala pihak muslimin memilih kayak.. (kami pilih paddle boat sebab nak exercise kaki,kikiki) selepas penat mengayuh selama 1 jam, kami ke tempat 'wall climbing' selepas memakai kelengkapan keselamatan utk memanjat dinding. nampak senang,tapi bile try naik baru tau susah dia macam mana!!! boleh lepas 5 petak je which is nampak dari bawah bagi orang yang tak pernah try "tak kan 5 petak je??) haaa... kalau nak tau macam mana susahnye memajat wall berbatu2, 90 degrees lagi try climb sendiri,pastu baru comment.. so sesuai la pepatah melau yg berbunyi- 'berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul' cewah, siap bg simpulan bahasa ok! ok la tu, semua yg kita lakukan mesti ada sebab kenapa kita rasa macam tu n satu benda tu kita rasa mudah utk dilakukan bila kita tidak berada dalam situasi yg dilihat/diceritakan selagi kita tidak mengalaminya.. n the explanation goes on~ n applicable to all condition. [peringatan kepada diri sendiri terutamanya] Rehlah ke 3 ialah flying fox!!! weeeeeeeeeeeeeeeeeee~~

Selepas rehlah, kami ke Restoran Subaidah untuk menjamu selera (lunch ala2 rewind waktu2 kat india) saya seperti biasa memilih makan nasi,ayam n sayur.. ada yang makan rojak, mee goreng n etc (ni pon nak cerita ke?) selepas itu kami solat zohor di masjid al 'alami sebelum bertolak ke A Famosa resort. Kami sampai di A famosa resort pada pukul 2.30 dan terus mengikuti Daurah slot 1 yg bertajuk Teknokrat dan Professional muslim.

Selepas tamat slot 1, kami dibenarkan membuat aktiviti kendiri dan menikmati suasana mewah di villa 1274 A famosa Resort,(Muslimin di villa sebelah 1275 kot) siap ada kolam renang tertutup lagi!!!!so,ape lagi kami swimming lah petang tu.. villa tu mempunyai 3 buah bilik dan setiap villa ada swimmng pool sendiri.. saya dan pikah dah cepat2 book master bedroom..heheh.. bedroom tu siap ada tv,hair dryer dan attached bathroom yg ade bath tub ok!!! wahh,mcm jakuzi!! dan kerana itu saya sgt elated n excited!!hee (gune term psychiatry sket sbb tgh posting psychiatry) malam tu slot daurah 2 bermula pada jam 9.00 malam selepas makan malam 3 org 1 dulang.. Bak kata pikah dia slalu makan dulang kalau balik ke rumah adik lelaki dia n slalu makan skali dgn isteri adiknya skali 1 dulang setiap kali makan..(sweet kan??) antara adab2 makan berdulang adalah makanan dalam dulang tu tak dibahagikan kerana ingin mendidik setiap ahli yang makan sedulang supaya sentiasa beringat untuk tidak makan lebih dari yg lain dan tahu limit yg sepatutnya.. subhanallah.. setiap sunnah Rasulullah s.a.w itu mempunyai nilai2 yg ingin diterapkan secara halus dalam diri manusia.

Malam tu sepatutnya ada tayangan wayang (aktiviti sendiri muslimat) tapi slot pada malam tu habis agak lewat dan masing2 mula sakit2 badan akibat memanjat dinding pagi tadi.. Dayana sampai lewat ke villa selepas mendapat izin dari suaminya untuk join program ni.

Esok paginya,kami (muslimat saja) Qiyam bersama dan menyediakan sarapan pagi, buat sandwich telur n sardin.. Then kami jogging berdekatan kawasan villa dan berenang di swimming pool bersama. Slot daurah 3 bermula agak lewat kerana kami lewat sikit sebab byk betul aktiviti pagi tu..so, mula pada pukul 9 pagi hingga 12 tgh hari. conclusion of the program pada pukul 3, pastu makan di RFC dan tengok pertandingan kucing di mydin mitc..

balik dengan semangat baru walaupun physically tired (sakit2 satu badan sebab1st time main wall climbing) =)

Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar atas kehendakNya. Hujan yg turun berhenti ketika kami mula beriadah dan hujan kembali selepas kami menamatkan rehlah seolah-olah membenarkan dan memudahkan semua aktiviti2 kami. Sesungguhnya Dia sentiasa bersama dgn org2 yang berjuang ke jalanNya..

Firman Allah yg bermaksud:

"Dan barangsiapa yang bertakwa kpd Allah(dgn mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tak terlintas di hatinya." [At-Thalaq: 2-3]

InsyaAllah, jika diizinkanNya saya akan menulis tentang apa yg saya dapat dari setiap slot daurah di sana.. =)

wassalam.