Wednesday, July 13, 2011

sumbangsih


http://www.youtube.com/watch?v=vE6VETYkzsw&feature=youtu.be

1st time dengar yang original..kot? ke dah pernah dengar b4 dis tapi lupe.. huhu, saya memang ada sakit lupa sebab saya yang nak..haha.. tapi bila ingat dia datang macam flash back filem,rasa macam nak pecah kepala..waaa,sure kalau ada yang baca ni tahu medical duk fikir apa masalah psychiatry yang saya ada..hahaha.. tak de la macam tu,exaggerate la sikit bagi nampak dramatik sikit..hehehe..

inilah lagu nasyid yang setiap persembahan dulu kumpulan nasyid kami (tkc time) akan nyanyi lagu ni..hehe.. dulu everytime nyanyi lagu ni sure meremang n lepas tu semangat nak study..tu je..terima kasih kepada salmiza sani yang post video ni kat titans0004 =)

Tuesday, July 12, 2011

tazkirah



Nabi saw. bersabda:

Sekali-kali tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat nanti sehingga ditanya tentang empat perkara:

1. Tentang umurnya, kemana dia habiskan ?
2. Tentang masa mudanya, kemana dia pergunakan ?
3. Tentang hartanya, dari mana ia dapat dan kemana ia belanjakan ?
4. Tentang ilmunya, apa yang dia lakukan dengan ilmu tersebut ?

(HR Al-Bazzar dan Al-Tabarany dengan sanad sahih)

deteriorating



my heart is deteriorating..

Kali ini saya perasan saya menangis tapi tak semudah tangisan sebelum ini..mungkinkah saya sudah selesa atau hati saya dah keras?? saya mula banyak fikir bila perkara yang selalu jadi before ni tiba-tiba tukar jadi lain.. saya mula rasa lain..

dulu linangan seperti terusan,
sekarang ada sekatan-sekatan..

dulu susah cari hentian,
sekarang berhenti tiba-tiba..

saya bukan semudah yang saya sangka..kadang tak tahu kenapa jadi begitu tapi hakikatnya sebenarnya tahu..

Ya Allah,dengarlah rintihan hati ini...bantulah..mudahkan lah.. Aku selalu abaikan rasa ini,walau aku tahu kehadirannya.. Engkau Maha Mengetahui.. beratnya sehingga menghempap dadaku..

Rasa tiada penyelesaian..berjuta rasa takut yang tak mudah untuk diungkapkan.. kerana itu aku hanya memilih untuk tidak memberitahu kerana biarlah hanya Engkau yang mengetahui susah dan sakit ini..

Tiada yang mudah melainkan Engkau jadikan ia mudah dan sesungguhnya tiada sesuatupun yang susah bagiMu..

Wednesday, July 6, 2011

Renungan


Yang SINGKAT Itu WAKTU
Yang MENIPU Itu DUNIA
Yang DEKAT Itu KEMATIAN
Yang BESAR Itu HAWA NAFSU
Yang BERAT Itu AMANAH
Yang MUDAH Itu MELAKUKAN DOSA
Yang SUSAH Itu SABAR
Yang Sering LUPA Itu BERSYUKUR
Yang Mendorong Ke NERAKA Itu LIDAH
Yang BERHARGA Itu IMAN
Yang DITUNGGU Allah Itu adalah TAUBAT...

Jatuh bangun



Alhamdulillah...

terima kasih Allah kerana mengurniakan Jatuh
terima kasih Allah kerana mengurniakan Bangun

kerana aku bangun kerana aku terjatuh.. bukan kerana aku tidak syukuri nikmat Bangun yang kau beri, tapi kerana aku percaya Kau menjatuhkanku kerana Kau tidak mahu aku terlalu lama leka dengan nikmat Bangun..

untuk sesiapa yang selalu jatuh,
untuk sesiapa yang selalu bangun,
untuk sesiapa yang tak pernah jatuh,
untuk sesiapa yang tak pernah bangun..

saya seorang insan biasa yang banyak terluka kerana jatuh, tapi saya bangun juga kerana saya percaya luka itu akan sembuh dan saya dapat terus berjalan.. tapi kerana kita insan biasa, mudah lupa bila sudah bangun,kita lupa kesakitan ketika jatuh dan kita mula alpa dan leka..

dan kerana itu, Allah kurniakan jatuh lagi untuk saya sedar bahawa dunia ini hanya sementara, tiada satu perkara pun yang kekal.. Itu lah lumrah kehidupan yang kita belajar dan fahami dalam kehidupan. Tak mudah tapi tiada yang susah bagi Allah..

Jatuhnya kita kerana kasihnya Allah..
Bangunnya kita juga kerana kasihnya Allah..
Indahnya aturanNya,kerana setiap luka meninggalkan parut..walaupun parut yang ditinggalkan tidak cantik dipandang tapi Dia mahu kita selalu beringat bahawa kita pernah jatuh dulu dan mensyukuri nikmat yang ada..

Hidup bagaikan roda, selagi berputar, sama ada di atas atau di bawah.. syukurilah.. ingatilah Dia bersama kita.. Tiada satu perkara pun yang berlaku dalam hidup tanpa sebab yang telah ditetapkan olehNya..

"dan Dia memberi nya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." [65:3]

InsyaAllah..

~paeds


Monday, May 9, 2011

Hijau Daun

salam..

dah lama menyepi dari menulis di blog sebab sangat busy dengan exam dan cuti + elective postings.. Tajuk untuk post kali ni memang sgt xda kaitan dengan isi yang saya nak tulis..itu hanyalah tajuk lagu yang saya tengah dengar sekarang n membuatkan saya lagi homesick sebab banyak dengar lagu tu kat rumah n adik saya yang bongsu asyik ejek saya sebab layan lagu lama.. ye lah,waktu cuti ni la baru nak kenal lagu2 'baru' yang tak pernah saya layan before dis walaupun pernah jer dengar.. yelah,adik saya tu sangatlah up to date dengan perkembangan semasa industri hiburan tanah air..hahaha,tanye je tu sape?berlakon ape,nyanyi ape? sure boleh score 99% (hehe,tak nak bagi full mark :D)

hari ni saya berpuasa nazar 3rd day,lagi 8 hari..
weekend ni nak tunaikan 2 lagi nazar..insyaAllah..
isnin nie pulak dengan kami n Abi! insyaAllah menu adalah sate!!

cakap pasal hijau..kaktus yang tak bersiram selama 5 minggu dah jadi kuning!! waaaaaaaaa!!!
baru jer lepas siram tadi,harap2 dia terus bersemangat untuk hidup n terus hijau macam tajuk post kali nie..huhu.. (mood homesick)

actually nak post pasal benda lain yang boleh dibaca n lagi bermanfaat tapi tak jadi sebab mengarut pasal benda lain..lagipun baru jer habis tengok cerita jepun CELEB TO BINBO TARO. binbo=poor dalam bahasa jepun (baru tahu).. best la gak citer ni.. ada message yang nak disampaikan macam kepentingan cakap THANK YOU n appreciate every single thing yang ada dalam hidup..memang 'touched' sangat tengok cerita ni bila tengok budak2 kecik 3 orang yang hidup dalam kemiskinan menghargai kerak2 roti yang diorang dapat secara percuma dari restoran n makan dengan gembiranya dengan celup roti tu dengan air kosong.. walaupun hidup susah,sikit pun tak merungut! siap jadi supporter untuk ayah diorang yang juga seorang bapa tunggal yang kematian isterinya..

ermm.tu je kot nak tulis untuk kali ni..nak sambung buat slides show untuk PBL esok,baru nak start!! sbb td nak habis kan cerita jepun tue,,huhu..