
Assalamualaikum..
Al-Muzzammil ayat 8-9
وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلۡ إِلَيۡهِ تَبۡتِيلاً۬ (٨)
Firman Allah yang bermaksud: “ Dan sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepadaNya dengan sepenuh hati.”
Wadzkur: “Dan sebutlah nama Tuhan engkau” = sebut dan ingat
Diingat dalam hati dan dibaca dengan lidah. Lafaz dengan makna iaitu secara lahir dan batin.
99 nama Allah (Asmaul Husna) bererti nama2 yang indah. Sebutlah nama itu semuanya dengan mengingat ertinya. Zikir seperti:
· Tahlil (La ilaha illah Lah)
· Tahmid (Alhamdulillah)
· Tasbih (Subhanallah)
· IStighfar (Astaghfirullah)
· Hauqalah (La haula walaa quwata illa billah)
· Takbir (Allahu Akbar) etc.
رَّبُّ ٱلۡمَشۡرِقِ وَٱلۡمَغۡرِبِ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ فَٱتَّخِذۡهُ وَكِيلاً۬ (٩)
Firman Allah yang bermaksud: “ (Dialah) Tuhan timur dan barat, tidak ada tuhan selain Dia, maka jadikanlah Dia sebagai pelindung.”
-Mencari waktu yang baik atau peluang untuk menyerah diri kepada Allah.
-Muhasabah; Menghitung kesilapan dan kelalaian diri dalam menikmati nikmat2 yang telah dianugerahkan Allah.
Tuhan yang ‘Masyrik’ dan ‘Maghrib’: Dia yang Maha kuasa dan Maha Menentukan perjalanan Matahari dari sebelah Timur ke sebelah Barat,teratur jalannya, tidak pernah berkisar tempatnya, masa demi masa; “ Tiada Tuhan melainkan Dia”. Kesanalah hidup ini ditujukan,daripadanyalah diambil kekuatan; Maka jadikanlah Dia sebagai pelindung
Dengan cara ini, jasmani dan rohani akan dapat kuat dengan teguh melakukan tugas kerana engkau tidak akan jauh dari Allah..
Syarat-syarat untuk bertaubat:
1. Ikhlas.
2. Berhenti melakukan maksiat tersebut.
3. Menyesali dosa yang telah dilakukan.
4. Berazam untuk tidak mengulangi lagi.
5. Istighfar. (Mohon ampun kepada Allah)
6. Memenuhi hak bagi orang-orang yang berhak atau mereka melepaskan hak tersebut. Khusus untuk perbuatan dosa sesama manusia, jika berupa hutang yang belum dilunaskan, harus segera dilunaskan. Jika mengambil harta orang, wajib dikembalikan kepadanya. Jika berupa tuduhan atau mengumpat (ghibah), wajib minta maaf atau minta dihalalkan.
7. Taubat dilakukan pada masa diterima-nya taubat. Masa diterimanya taubat adalah:
- Sebelum saat sakarotul maut.
- Sebelum Matahari terbit dari barat (tanda hari kiamat).
Rasulullah Saw telah bersabda: “Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]
Sabda Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam : “Sesungguhnya Allah akan menerima taubat seorang hambaNya selama belum tercabut nyawanya.” (HR. At-Tirmidzi).
Rujukan- Tazkirah
|
Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148)) |
Assalamualaikum...